Kelab Patriotisme Kelantan adalah sebuah NGO yang berdaftar di bawah Pejabat Pendaftaran Pertubuhan dengan nombor pendaftaran PPM-001-03-16012006. Aktif dengan program dan aktiviti mempromosi kebudayaan, lokasi menarik dan informasi terkini berkenaan Negeri Kelantan.
26 November 2024 - Siri 7 From Kitchen To Income membawakan peserta ke Nasken Coffee, Tumpat dalam siri lawatan kafe
Tempat dan suasana yang sesuai bagi melakar impian setiap peserta bagi slot 'kafe impian saya'
Pengisian pada pertemuan kali ini bersifat santai dan lebih meraikan peserta atas komitmen yang diberikan hampir dua bulan projek ini berlangsung
Pertemuan ini berakhir dengan sesi taklimat mengenai tugasan modul lapangan yang akan diadakan pada siri seterusnya
Nak tahu apa aktiviti modul lapangan peserta kitchen nantikan.
14 Disember 2024 - Siri 6: Menu hokkaido cupcake
Kelas bakeri telah sampai separuh siri dengan menu kali ini Hokkaido cupcake
Menurut tenaga pengajar, menu kali ini agak cerewet sedikit banyak pantang larangnya, maklumlah kek dari Jepun, tak boleh terlalu cair adunan, terlalu lama piping pun tak boleh, katanya haba dari tangan kita boleh rosakkan adunan.
Peralatan mixer dan oven juga turut digunapakai oleh peserta dalam kelas kali ini
Di akhir kelas semua peserta membawa pulang hasil menu hari ini
22-23 November 2024 - Mereka yang merupakan rakan solusi atau dikenali as (SP- Solution Provider) mereka dari pelbagai bidang kepakaran menggunakan khidmat kemahiran masing- masing untuk membangunkan komuniti, bagi saya dalam skop dakwah ianya sasaran dakwah yang luas dan melibatkan banyak pihak.
Dana yang diberikan oleh MOF (Ministry of Finance) melalui pihak sekretariat APPGM- SDG kepada SP untuk melaksanakan pelbagai projek kepada penerima manfaat yang terpilih (peserta projek) melalui kajian lapangan dan akan dilakukan penilaian impak terhadap projek tersebut oleh pihak berautoriti.
Antara projek yang sempat saya senaraikan:
- bidang sukan: kelas Mua Thai, taekwondo, bola sepak, aset dan fasiliti sukan seperti gelanggang
- bidang pertanian dan perikanan: petigasi timun, kebun komuniti, ayam telur, ayam organik
- bidang pendidikan: kelas bahasa isyarat Al Quran, basmi buta huruf, kelas digital
- bidang pembuatan makanan: bakeri, kerepek
- bidang budaya: jahitan, kraf tangan
banyak lagi yang tidak sempat saya catit
Tiada satu saya kira bidang diatas saya mahir, bukan guru, petani, cheff, jauh sekali bidang sukan ..
Melainkan hanyalah sekadar perantaraan antara projek dan menemukan orang yang mahir dalam bidang bakeri serta penerima manfaat yang terpilih.
Sudah tentu memerlukan banyak pihak untuk melaksanakannya terima kasih Kelab Patriotisme Kelantan cacasweetbite, bazaar digital, komuniti Kg Palekbang,Tumpat dan 10 peserta hebat serta sekretariat APPGM- SDG, adanya mereka semua projek Menjana Pendapatan Dari Dapur ' From Kitchen To Income' sudah berlangsung selama sebulan.
Kelas Siri 4: Kelas Digital 1
23 November 2024 - Kelas hari ini kita main dengan handphone, masing- masing teruja
Minggu ini kelas digital pertama dimana semua peserta akan ada tiga platform jualan atas talian iaitu whatapps bisnes, IG shop dan TikTok shop pada akhir kelas.
Bazaar digital yang dilatih oleh Puan Dalila Mohd Hanafi, Finance Executive di Helistar Resources Sdn Bhd dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Perniagaan.
Kelas Siri 3: Brownies
16 November 2024 - Minggu ini para peserta belajar cara membuat brownies dan jurulatih turut mengajar menu bonus iaitu burnt cheese cake
Alhamdulillah program penjanaan pendapatan dari dapur memasuki siri 3 pada minggu ini merupakan kelas bakeri terakhir untuk bulan ini
Haa..apa aktiviti peserta kursus ini pada minggu akan datang kalau bukan kelas bakeri, nantikan..
9 November 2024 - Hari ini kita sambung lagi siri kelas dua Program Menjana Pendapatan Dari Dapur dengan menu cheesestart
Bahagian paling mencabar bagi peserta kali ini adalah nak buat bahagian shell tu, tapi tu lah tak susah tak belajar pula kan
Nantikan Siri 3 pada minggu seterusnya, tidak lupa terima kasih APPGM, cacasweetbite dan semua peserta yang terlibat
2 November 2024 - Kelab Patriotisme Kelantan telah memulakan kursus Kemahiran Bakeri dan Pastri yang ditaja oleh APPGM dengan menu 'warm up' iaitu sandwich wrap sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran dan suai kenal bersama peserta yang terpilih seramai 10 orang sahaja.