Kelab Patriotisme Kelantan adalah sebuah NGO yang berdaftar di bawah Pejabat Pendaftaran Pertubuhan dengan nombor pendaftaran PPM-001-03-16012006. Aktif dengan program dan aktiviti mempromosi kebudayaan, lokasi menarik dan informasi terkini berkenaan Negeri Kelantan.
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia Madani.
Alhamdulillah, Kelab Patriotisme Kelantan telah berjaya melaksanakan Konvoi Hari Malaysia yang melibatkan 10 buah kereta ke Darul Iman Training Centre.
Penyertaan golongan belia dari pelbagai daerah di Kelantan telah memeriahkan program kali ini.
Justeru, diharapkan inisiatif ini dapat meningkatkan semangat cinta akan negara dikalangan belia dan dapat juga mengeratkan hubungan masyarakat.
"KPK Sayang Malaysia"
"Malaysia Madani, Tekad Perpaduan Penuhi Harapan"
Selamat Hari Malaysia.