Kelab Patriotisme Kelantan adalah sebuah NGO yang berdaftar di bawah Pejabat Pendaftaran Pertubuhan dengan nombor pendaftaran PPM-001-03-16012006. Aktif dengan program dan aktiviti mempromosi kebudayaan, lokasi menarik dan informasi terkini berkenaan Negeri Kelantan.
🌟 Malam Merdeka Ke-68 di Atas Pokok! 🌟
Ayuh sambut detik bersejarah dengan cara yang unik dan luar biasa — ✨
Tahun ni kita tak nak sambut macam biasa-biasa.
Kita nak feel lain sikit… sambut dari puncak pokok, sambil tengok langit penuh bintang, dan tunggu detik 12 malam bersama geng. 🇲🇾🌌
📅 Tarikh: 30 & 31 Ogos 2025
🕘 Masa: (rujuk poster)
📍 Lokasi: Pengkalan Luar Kampung Pulau Renjuna, Tumpat, Kelantan, Malaysia.
Lintas langsung | 🇲🇾 Sesi bergambar malam | 🎤 Tazkirah Penghayatan kemerdekaan | Bual Bicara Santai Di Atas Pokok 🌳🇲🇾 Kibaran Jalur Gemilang di puncak pokok..
Jangan lupa bersama melalui Live TikTok KelTree
9 Ogos 2025 - Kelab Patriotisme Kelantan diwakili Haji Mohd Helmi Mat Zin, Presiden dan Hanafi Adnan, Setiausaha telah menghadiri Persidangan Pertubuhan Bukan Kerajaan 2025 (Sidang NGO 2025), anjuran Urusetia Belia dan Sukan (U-BeS), Kerajaan Negeri Kelantan bertempat di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan.
Hasil perbincangan dalam Sidang NGO 2025 ini telah menggariskan resolusi berikut :
1. Pengukuhan perpaduan dan kerjasama sesama NGO.
2. Pembangunan sosial dan kesejahteraan masyarakat.
3. Memacu ekonomi berbudaya saing.
4. Memelihara alam sekitar dan sumber asli.
5. Peranan wanita, belia dan golongan rentan.
6. Penekanan nilai budaya dan warisan.
6 Ogos 2025, Bukit Salor, Jeli - MALAYSIA ACTIVE: ROAD TO MERDEKA! HIKING BUKIT SALOR
Alhamdulillah, program Malaysia Active: Road to Merdeka! Hiking Bukit Salor telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat patriotik dan kerjasama semua pihak.
Program ini diadakan sempena Ambang Merdeka, sebagai salah satu inisiatif menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan belia, melalui aktiviti sihat dan berimpak positif.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua jawatankuasa penganjur sama ada yang terlibat secara langsung mahupun di belakang tabir atas komitmen dan dedikasi menjayakan program ini.
Kelab Patriotisme Kelantan bersama Majlis Belia Daerah Tumpat dan rakan-rakan kerjasama lain amat menghargai penyertaan seramai 30 orang peserta yang turut serta menawan Bukit Salor, serta kehadiran Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat yang menyuntik semangat kepada semua.
Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan demi melahirkan belia yang sejahtera, aktif dan cinta akan negara.
💪🇲🇾 #patriotisme #kelantan #roadtomerdeka #MalaysiaAktif #ambangmerdeka #HikingBuKitSalor
Kelantan, yang dikenali sebagai "Negeri Cik Siti Wan Kembang," menawarkan pelbagai tarikan menarik daripada budaya yang kaya, pantai yang indah, hinggalah makanan yang lazat.
Berikut adalah cadangan itinerari pelancongan Kelantan untuk 3 hari 2 malam yang merangkumi aktiviti menarik, tempat makan terbaik, dan cadangan penginapan.
Hari 1: Budaya dan Sejarah Kota Bharu
Pagi (8:00 AM - 12:00 PM): Terokai Pusat Bandar Kota Bharu
-Pasar Siti Khadijah: Mulakan hari dengan melawat pasar ikonik ini. Rasai suasana meriah, lihat pelbagai hasil tempatan, dan nikmati sarapan tradisional Kelantan seperti nasi kerabu, nasi dagang, atau laksam.
-Muzium-Muzium Bersejarah: Selepas itu, lawati kompleks muzium yang berdekatan seperti:
-Istana Jahar (Muzium Adat Diraja): Pelajari tentang adat istiadat diraja Kelantan, kraf tangan, dan senjata tradisional.
-Istana Batu (Muzium Diraja): Bekas kediaman kerabat diraja, kini mempamerkan koleksi barangan peribadi dan sejarah Kesultanan Kelantan.
-Kampung Kraftangan (Handicraft Village): Saksikan demonstrasi pembuatan batik, songket, dan kraf tangan lain. Anda juga boleh membeli-belah cenderamata unik.
-Masjid Muhammadi: Kunjungi masjid tertua dan terbesar di Kelantan yang terkenal dengan seni bina Islam yang indah.
Makan Tengah Hari (1:00 PM - 2:00 PM):
-Nasi Ulam Cikgu : Nikmati nasi dengan budu, aneka ulam-ulaman dan lauk-pauk citarasa asli Kelantan
-Lieniey Nasi Kerabu Tumis: Pilihan lain untuk nasi kerabu yang autentik.
Petang (3:00 PM - 6:00 PM): Santai dan Beli-belah
-Gelanggang Seni: Jika anda melawat pada hari Isnin, Rabu, atau Sabtu, anda boleh menyaksikan persembahan kebudayaan tradisional seperti wayang kulit, silat, gasing, dan wau.
-Bazaar Buluh Kubu / Wakaf Che Yeh (Pasar Malam): (Wakaf Che Yeh lebih meriah pada waktu malam) Beli-belah pelbagai barangan tempatan, pakaian, dan cenderamata.
Makan Malam (7:00 PM onwards):
-Siam Restaurant (Ikan Bakar & Thai Street Food): Untuk pengalaman makan malam yang lazat dengan hidangan ikan bakar dan masakan Thai.
-Makette (Steamboat & Grill): Pilihan untuk penggemar steamboat dan grill.
Hari 2: Keindahan Pantai dan Alam Semulajadi
Pagi (8:00 AM - 12:00 PM): Keindahan Pantai dan Alam Semulajadi
-Pantai Cahaya Bulan (PCB): Nikmati suasana pagi yang tenang di pantai yang terkenal ini. Anda boleh berkelah, bermain layang-layang, atau sekadar bersantai.
-Pantai Senok (Pantai Nami Bachok): Terkenal dengan deretan pokok ru yang memberikan pemandangan seakan-akan di Pulau Nami, Korea. Tempat yang sangat sesuai untuk mengambil gambar. Anda juga boleh melihat Rumah Api Pantai Senok.
Makan Tengah Hari (1:00 PM - 2:00 PM):
-Cuba makanan laut segar di gerai-gerai sekitar Pantai Cahaya Bulan atau Pantai Senok.
-Warung Pak Mat Pulau Pisang: Terkenal dengan sup kepala ikan dan teh tarik madu berbuih tebal
Petang (3:00 PM - 6:00 PM): Pengalaman Unik
-Pasar Terapung Pulau Suri (Tumpat): Untuk pengalaman yang unik, ambil bot dari Jeti Kuala Besar ke Pasar Terapung Pulau Suri di Tumpat. Anda boleh membeli makanan tradisional dan cenderamata yang dijual di atas bot. (Periksa jadual operasi, biasanya hanya dibuka pada hari tertentu).
-Masjid Beijing (Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra) di Rantau Panjang: Singgah di masjid dengan seni bina Cina-Muslim yang unik.
-Zon Bebas Cukai Rantau Panjang: Jika berminat untuk membeli-belah barangan bebas cukai.
Makan Malam (7:00 PM ke atas):
-Cari restoran tempatan di Tumpat atau kembali ke Kota Bharu.
Hari 3: Air Terjun dan Rekreasi
Pagi (8:00 AM - 12:00 PM): Keajaiban Alam
-Air Terjun Jeram Linang (Pasir Puteh): Nikmati keindahan air terjun dan suasana hutan yang nyaman. Sesuai untuk perkelahan dan mandi-manda.
-Air Terjun Jeram Pasu (Pasir Puteh): Sebuah lagi tarikan air terjun yang popular di Pasir Puteh.
-Air Terjun Jelawang (Kuala Krai): Jika anda mencari pengembaraan yang lebih mencabar dan mempunyai masa lebih, Jelawang Waterfall adalah air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Ia memerlukan sedikit pendakian.
Makan Tengah Hari (1:00 PM - 2:00 PM):
-Nikmati hidangan tempatan di gerai-gerai berhampiran kawasan air terjun atau dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu.
Petang (2:30 PM onwards): Persediaan Pulang
-Membeli cenderamata terakhir di Kota Bharu jika ada masa.
-Bertolak ke lapangan terbang atau stesen bas untuk perjalanan pulang.
Tips Tambahan:
1. Pengangkutan: Sewa kereta adalah cara terbaik untuk menjelajah Kelantan, terutamanya jika anda ingin melawat kawasan di luar Kota Bharu. Perkhidmatan e-hailing (Grab) juga tersedia di Kota Bharu.
2. Waktu Terbaik Melawat: Musim kemarau (April hingga September) adalah yang terbaik untuk aktiviti luar dan pantai. Elakkan musim tengkujuh (Oktober hingga Februari) kerana hujan lebat dan banjir.
3. Pakaian: Pakaian yang sopan adalah digalakkan, terutamanya apabila melawat tempat-tempat keagamaan atau perkampungan tradisional.
4. Bahasa: Penduduk tempatan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan dialek Kelantan yang unik. Walau bagaimanapun, kebanyakan mereka faham Bahasa Melayu standard.
5. Makanan: Jangan lepaskan peluang untuk mencuba pelbagai hidangan istimewa Kelantan seperti Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Laksam, Ayam Percik, Keropok Lekor, Akok, dan Kuih Jala.
Semoga itinerari ini membantu anda merancang percutian yang menyeronokkan di Kelantan!
Assalamualaikum, berita baik buat penggemar HIKING🏔️
Kelab Patriotisme Kelantan bersama Majlis Belia Daerah Tumpat dan rakan kerjasama yang lain ingin mengajak anda semua menyertai HIKING BUKIT SALOR sempena program Malaysia Active Road To Merdeka 2025.🤩
Berikut merupakan butiran program:
Tarikh : 6 ogos 2025 (Rabu)
Masa : 04:00- 10.00 am
Tempat : Bukit Salor, Jeli
Ayuh, DAFTAR SEGERA pada pautan 👇🏻
https://forms.gle/q6iqxgfDmh9FnfEA9
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi admin
011-50733729 (Encik Fikri)
019-9694504 (Cik Syahida)
30 Januari 2025 - Siri 13: Perbincangan Majlis Perasmian Penutup dan Apresiasi
Benar- benar bakal berakhir..
Perbincangan bagi mengadakan Majlis Perasmian Penutup dan Apresiasi diadakan di laman warisan Kg Laut dengan kudapan ringkas Saba Fried Chicken.
Jom, kita mulakan sama- sama, kita tamatkan sama- sama
Tempoh persiapan lebih kurang dua minggu sahaja memandangkan majlis ini akan diadakan pada 08 Februari 2025 nanti
Tunggu siri terakhirrr dari kami
18 Januari 2025 - Siri 12: Kelas Pengiraan Jualan dan taklimat pendaftaran SSM
Penceramah: Puan Nur Dalila Hanafi, Finance Executive di Helistar Resources Sdn Bhd, Business and Digital marketing tutor
Siri 12 ini merupakan Siri kedua terakhir bagi projek ini...nk habis dah
Pada siri kali ini, peserta belajar cara pengiraan modal dan untung dalam perniagaan bakeri menggunakan template yang disediakan.
Berniaga mestilah ada untung....sedekah jangan dilupa
Sesi diakhiri dengan taklimat pendaftaran SSM
Nak tahu Siri terakhir kami?... Semestinya menarik
18 Januari 2025, Bilik Mesyuarat, Pusat Tarbiah Kawasan Rantau Panjang - Telah berlangsung program Sembang Niaga Usahawan Muda Apam Putra, anjuran Jaringan Usahawan Apam Putra (Juara) dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Apam Putra dan Kelab Patriotisme Kelantan. Seramai 53 orang usahawan dari kawasan DUN Apam Putra telah menyertai program ni.
Jutaan penghargaan kepada penceramah program ini :
1. Pn. Wan Nor Batini Bt. Wan Idris, CEO Emas Sadur Batini (M) Sdn. Bhd. - teknik dan tips menjana pendapatan melalui Tiktok Affiliate
2. Cik Wan Norzubaidah Bt. Wan Mohamed, Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian Negeri Kelantan - taklimat geran di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
3. En. Irwan Arief B. Yaakub, Pengurus Cawangan, Bank Muamalat Cawangan Tanah Merah - produk perbankan untuk peribadi dan perniagaan.
Terima kasih juga kepada pihak YB Zamakhshari B. Muhamad, ADUN Apam Putra dan Bank Muamalat Cawangan Tanah Merah atas tajaan kewangan untuk program kali ini. Tahniah kepada usahawan-usahawan yang sudi menaja cenderahati berbentuk produk keluaran perniagaan sendiri kepada YB ADUN.
11 Januari 2025 - Siri 11: Kek coklat dan kek pandan cheese leleh
Alhamdulillah, kelas bakeri bahagian memasak dah sampai siri akhir, moga peserta dapat sentiasa mencuba menu dan resipi yang telah dipelajari.
Pada dua lagi siri yang berbaki peserta akan sertai kelas pengiraan akaun perniagaan dan bicara santai bersama pengusaha cafe.
Nak tahu cafe mana yang akan kami lawati, nantikan..
4 Januari 2025 - Selamat tahun baru buat warga KPK, yang setiap menanti update dari kitchen
Kali ini peserta kitchen belajar Cheezy Bread Pizza pada Siri 10
Aktiviti kelas bakeri kedua terakhir pada minggu ini melibatkan banyak sekali bahannya berbanding menu sebelum ini, Cheezy Bread Pizza
Banyak step yang perlu dipelajari peserta bermula cara memasak topping, cara letak topping pizza.
Belajar juga menu bonus iaitu cara membuat sendiri doh pizza.
Memang lazat fresh home made